Cik Nuyus's Ramblings

Tuesday, July 27, 2010

Khasiat Halba


Rasulullah saw bersabda :
” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ”

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.

Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
“Gunakanlah Halba sebagai ubat”

KEGUNAAN HALBA
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.


Sumber info ni Cik Nuyu dapat dari : 
http://berita-harian-online.com/khasiat-halba/

Halba banyak dijual di kedai-kedai runcit dan juga di supermarket. Dah tau khasiat halba nih bolehlah cik Nuyu amalkan selalu sebab nak dapatkan halba ni tak susah.. sama macam rempah yang lain. Makanan pantai timur yang cik nuyu suka macam nasi dagang dengan temosa ada letak halba nih.. masa kecik2 suka sangat makan kuih biji nangka. Dalam kuah kuih biji nangka pun diletakkan sedikit halba.. rasa macam nak buat kuih biji nangka tu hari ni. nak taruk halba banyak-banyak :)

Sesiapa yang tak kenal rupa biji halba tu macam ni rupa dia:


1 comment:

::AnEp:: said...

byk khasiat halba nie upe nyer..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails