Khamis lepas cik nuyu balik jb.. Dalam maghrib dapat sms
dari kak yani bagi tau dia nak balik jb. Terus rasa berdebar-debar. Kenapa
tetiba nak balik pulak ni, tak penah-penah kalau dia nak balik tanpa
gebang-gebang dulu. Tak sempat nak reply kak Nor pulak call. Terus la cik Nuyu
rasa tak sedap hati sampai angkat je phone terus tanya dia “kak kenapa, kenapa”
tetiba cik nuyu jadi cemas. Sudahnya dengar suara dia agak releks baru cik nuyu
ok. Dia kata takde pape Cuma Wan tak sihat. Dia kata malam ni pukul 12 kak yani
nak balik. So dia tanya nak ikut ke tak. Sure lah nak ikut. Masa tu cik nuyu
kat butik lagik belum balik keje. Jam dah 7.30. Call mak terus tanya, Mak kata
Wan kena gout. Bengkak sampai takleh jalan. Mak bagi hp kat Wan.
Sembang-sembang sambil nangis. Sangat cenggeng masa tu. Budak-budak butik ada.
Tapi dah tak rasa malu ke apa dah tak boleh tahan. Wan macam biasa bagitau dia
ok takde pape. Terus call Puan Suzana bagitau nak mintak cuti. Alhamdulillah
dia kasi. Tengkiu Puan.
Malam tu jugak dalam pukul 12 lebih bertolak. Kak yani
datang amik. Sampai Jb dalam pukul 4 lebih. Lega bila dah samapi rumah. Lega
dapat jumpa Mak dengan Wan. Sangat-sangat rindu tak terkiraaa~
Sempat melepaskan kerinduan pada kuceng-kuceng kesayangan.
Teddy, Grey dan Gary..
Gary super
nakal. Sangat geram pulak tengok peel dia.
![]() |
| Teddy elok je terpukang atas meja. Time ni kak pah dengan abang syed datang rumah.. |
Jumaat malam kaki Wan bengkak balik. Malam tu pegi klinik
balik dokter kasi injection. Wan macam biasalah dia tak duduk diam bila sakit.
Tambah-tambah anak cucu dia ada saja tak nak tunjuk dia sakit. Sabtu malam dah
balik kl sebab ahad saya keje :'(
Tak sabar nak balik jb lagi bulan depan.. harap Mak dan Wan
Cik Nuyu sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah.. Aminnn

0 comments:
Post a Comment