Cik Nuyus's Ramblings

Monday, July 18, 2011

Watak orang tak bekerja

Watak adalah seperti biasa... Konsep orang yang tak bekerja tetap tapi busy mengalahkan orang kerja. Dah hampir dua bulan cik nuyu tak keje. Duduk rumah tapi tak pulak rasa boring macam sebelum-sebelum ni. Mungkin sebab selalu turun kl kot.

Minggu lepas seminggu cik nuyu menjaga kakak yang baru melahirkan baby boy. Tu pun dua minggu je dia duduk sini sebab suami dan anak-anak tinggal kl. Sepanjang dua minggu dia ada kat rumah cik nuyu tolong mak menguruskan hal dia. Orang baru lepas bersalin kan lain sikit penjagaan dia. Lagi pun mak cik nuyu pun selalu busy jadi cik nuyu amik sikit tanggugjawab dia kat rumah ni. Lepas kakak balik ke kl semula cik nuyu pun sambung jaga dia kat kl jap dalam seminggu pulak.
Muhamad Ali Imran.. Tahniah kepada Kak Yani, Abobey, Allisya dan Afreen...Terima ahli baru yang sangat comel  kiut miut.

Lepas balik dari kl watak seperti biasa mengemas dan memasak. Pastu buat kerja persendirian. Tempahan hantaran pun banyak dapat selepas raya nanti. Tengah pikir-pikir ni projek apa nak buat sepanjang ramadhan ni. Rasa macam nak jual biskut.. Cuma bahan nak buat tu kat jb ni mahal telajak. Kalau kat kl seronok sikit sebab murah pastu macam -macam ada.. lagik-lagik kedai kek dekat chow kit atau yang kat bangi tu, Puas hati kalau beli barang-barang kek kat situ.

Ok stop dulu lah.. nak start masak untuk tenghari pulak.. Nanti sambung membebel banyak-banyak.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails