Cik Nuyus's Ramblings

Tuesday, August 9, 2011

Petua membersihkan bunga tiruan

Dekat-dekat musim nak raya ni mesti ramai yang mengemas dan membersihkan rumah sebersih bersihnya.. Segala habuk semua dibuang..habis segala sudut dan celah-celah ruang yang ada pasti nak kasi bersih. Maklumlah nak raya kan mesti ramai tetamu datang.

So sempena konsep nak berhari raya ni cik nuyu nak share petua bersihkan bunga artificial / tiruan. Bunga ni bukan selalu pun kita nak kelebet dia sebab bunga mati kan. So ni lah masanya kita nak bersih beria sikit baru la nampak baru.

Cara pertama: 
Ni kalau yang tak reti nak gubah balik bolehlah ikut cara yang ni.. Cabut bunga yang sama warna  kemudian basuh seperti biasa menggunakan air sabun yang dicampur air suam. Kemudian bilas dan jemur secara terbalik atau pun bunga tu mengadap kat bawah.. seeloknya gantung. Bila dah kering cantum kan balik. Kemudian amik pulak kaler lain dan lakukan proses yang sama.
Kaedah ni untuk mereka yang tak berapa pandai nak menggubah. So kalau nak kekalkan posisi bunga pada gubahan tu buat cara macam tu.. jangan cabut sekali dengan batang bunga tu tau. Cabut tampuk dia je.

Cara kedua: 
Cabut bunga-bunga yang nak dibersihkan dan masuk kedalam plastik bersama garam. Pastu goncang-goncangkan sampai garam tu berubah kaler sebab segala kotoran tu melekat dekat bunga-bunga tiruan tu. Kemudia basuh dengan air bersih.


Cara ketiga:
Ni yang paling cik nuyu suka... Amik vacum yang kita selalu vakum karpet tu kan.. ha sedut je bunga-bunga tu. Senang... Atau pun gunakan hair dryer kemudia tala ke bunga tu.. so habuk-habuk tu akan lari lintang pukang.

Sekian sahaja petua tak profesional dari Cik Nuyu. Selamat mencuba!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails